Followers

Dec 27, 2010

Tidak Wajar Sinchan Dijadikan Ikon


Jangan terkejut andai tiba-tiba anak anda berumur kurang tujuh tahun melondehkan
seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya dan berkata, "Punggung..." Timbul persoalan, dari mana mereka belajar perkara sebegitu?

Ini secara jelas adalah pengaruh yang tidak sihat daripada rancangan kartun kegemaran kebanyakan kanak-kanak termasuk sesetengah ibu bapa sendiri iaitu Sin-Chan.

Sedarkah kita bahawa, bukan semua kartun adalah selamat bagi ditontonkan kepada anak-anak mutakhir ini.

Sebagai contoh rancangan Sin-Chan sendiri yang banyak dengan unsur lucah, siri Sponge Bob yang menjadikan 'Bikini Bottom' sebagai tempat tinggal mereka.

Tidak kurang juga kebanyakan kartun yang menjadikan tema pergaduhan, perbalahan dan membalas dendam sebagai tema dan jalan cerita.

Tidak kurang juga kartun yang mempromosi adegan seksual dan cara berpakaian yang tidak senonoh serta tidak mengatup aurat.

Tanpa menafikan kartun mampu menjadi instrumen pendidikan yang terbaik untuk anak-anak namun dalam masa yang sama ianya juga amat berpengaruh dalam menanamkan budaya dan akhlak yang tidak baik kepada anak-anak.

Lantas, adalah menjadi kesalahan yang besar apabila ibu bapa sendiri yang mendorong anak-anak mereka bagi menonton siri-siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif.

Namun, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin dan Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.

Kejayaan Upin dan Ipin sebagai produk animasi Malaysia yang berjaya menambat hati kanak-kanak tempatan dan luar negara wajar dipuji dan diangkat menjadi ikon kanak-kanak terkini dengan lebih penambahan unsur didaktik secara langsung mahupun tidak langsung.

Di Indonesia sebagai contoh, ikon Upin dan Ipin digunakan semaksimum mungkin dengan melekatkan dan mengaitkan watak tersebut termasuk pada buku-buku agama.

Ini tidak lain adalah bertujuan bagi menarik dan mendapatkan perhatian anak-anak dan secara tidak langsung terhadap bahan-bahan bacaan agama.

Kesimpulannya adalah pemantauan dan penyaringan terhadap rancangan-rancangan kartun di televisyen perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak di rumah sementelah pada waktu cuti sekolah sekarang ini.

Dalam masa yang sama pihak televisyen bertanggungjawab menyiarkan hanya rancangan yang berfaedah dan mendidik kepada anak bangsa.

Penulis:Zahirrudin Zabidi,Editor PTS Islamika Sdn Bhd.

Saya suka artikel ni..bagus untuk Ibubapa luar sana..kerana kitalah yang mencorak dan membentuk akhlak dan sakhsiyah anak-anak.

Artikel ni boleh ditemui di .com

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Nov 10, 2010

Sebelum bersalin..

Assalamualaikum semua teman pengikut2 yang setia..mahupun pengunjung yang singgah..
Dalam kesibukan melayan karenah anak2 dan hal2 rumahtangga semestinya...sempat jugak curi2 menjengah blog apatah cerita...bersawang kian lama...Kat bawah tu semua antara hasil kerjatangandan jahitan yang siap sebelum melahirkan anak kedua..tapi tak sempat nak entry kat blog.


sleveless dress untuk projek jomjahit.

pleat skirt untuk projek Sewalongwithmaya.

mini biscornu...cuba2 buat menjadi jugak...



pouch daripada seluar jeans terpakai...kiranya..projek recyclelah and tambah seri ngan sulaman tangan...


Actually ada lagi nak entry..tapi cukup dulu untuk kali ni....skrang tengah cuba-cuba wat smocking...and xstitch yang baru.Ikuti perkembangan seterusnya..

Sep 29, 2010

Baby baru...




Assalamualaikum..and salam sejahtera...TQ sume yang still follow Imah...
actually imah dah selamat bersalin ...dah abis pantang pun...cuma nak ambik masa untuk aktif blog semula...baby kecik lagi..Imah pun rehat dulu...alhamdulillah anak sihat..Imah pun sihat..

Jun 15, 2010

Update tergendala...projek terus jalan...

Salam semua pengikut- pengikutku...
Dah lama Imah tak entry mana2 projek...Setakat nih ada beberapa projek yang dah siap cuma tak dapat nak entry je...komputer kat umah buat hal...laptop hubby lak rosak screen nyerr...nih kebetulan lah balik kampung lehlah...tumpang my father nyerrr...hehe...InsyaAllah nanti Imah entry...Due date lambat lagi...9/8...Kalo paling awal pun bersalin mungkin akhir bulan7.

tunggulah ye...

May 9, 2010

JOMJAHIT: Pencil Roll Case..





Imah baru Join JOMJAHIT baru2 nih...tapi baru jerr siapkan Projek untuk bulan February.Untuk dress project Imah baru je potong kain...dah lama nak jahit dress untuk anak sedara...kite takde anak pompuan...So..pas ni Imah entry untuk JOMJAHIT...




Adoiii...penatnya nak melayan si kecik Fawwaz...suka sepah2kan kaler pensil...Ini yeaa sayang...Ummi jahit khas untuk anak ummi tersayang...kotak pun dah hancur...kalernya pun dah bercampur2...


Jahitannya kurenglah sket kemas...Imah jahit dah lewat malam...tapi kerana excited nak buat untuk Fawwaz n first projek JOMJAHIT...kugagahi jua...sampai kena marah ngan cik abang...



Oh ye..Imah pun ada join Sewalongwithmaya ..kengkawan sume dah siap ngan pleat skirt masing2...dah buat Imah entry ok..

May 8, 2010

Hadiah nenek...


Dalam beberapa hari ni Imah siapkan sarung bantal baby Kak Ton...Sedang menunggu hari...Actually baby dah ada preparation...Yang ini hadiah dari nenek...and Mak Uda/Imah...sedang sibuk ngan sewing project...project xstitch pun dah terrgendala...plan nak siapkan last week lagi...tapi tak siap2 pun lagi....


Ishhh....susah hati betol tengok xstitch yang tak siap2 nih....

May 4, 2010

Simple pouch...

Semua pouch ni Imah jahit last weekend tapi tak sempat nak amik gambar entry dlm blog ni...Elok jerr Fawwaz tido malam tu Imah potong kain untuk buat sarung bantal baby Kak Ton hadiah dari Nenek...ada 2 meter lagi lebih...n piece kecik2 Imah terrrlintas nak buat try buat pouch malam tu...kejap jerr siapp....dapatlah 3 pouch...pegi umah nenek esok tu Imah bawa pouch tu..n nenek berkenan so Imah hadiah untuk nenek...n 2meter kain yang lebih nenek kasi kat Imah...hehe...sukanya...tambah lagi fabric collection....



Pouch dari kain kain perca....

May 1, 2010

Respond..NO TV..

Salam..
Imah tertarik ngan topik Pu3..NO TV..sejauh mana kita boleh lakukan...???
Hehehe...tak sume yang boleh idup tanpa TV kan..!!
Well,Sekurang-kurangnya cuba dan berusahalah menghadkan penggunaan Tv.Selain dapat mengurangkan kos bil letrik..banyak lagi faedah dan kebaikannya...Ish..macam buat karangan B.M lak...Rasanya banyak Pu3 dah terangkan...

Imah pun nak kongsi cerita ngan sume...Dulu masa Imah kecik2..asal abah Imah balik dari tempat kerja jerr...Tv mesti kena tutup...Abah Imah memang tegas bab2 pendidikan anak2..Kami pun tak berani nak buka...Kecuali rancangan2 yang diizinkan...Bukan itu ajerr...Pukul 7 petang-8 mlm...No Tv...coz masa tulah...time mkn malam bersama...solat maghrib berjamaah...n waktu kami mengaji Al-Quran ngan mak abah...Boleh dikatakan waktu malam masa bersama mak abah sambil belajar siapkan homework..



Dan Bulan Puasa adalah bulan wajib NO TV....dapatlah Ibadat lebih terpelihara...

Sekarang bagi yang dah berumahtangga mcam Imah ni..kenalah berusaha menjauhkan anasir2 yang negetif (TV)...dari anak2...mungkin Imah perlu lebih tegas selepas ini..walaupun anak Imah cuma baru berusia 2tahun setengah...tapi Imah dapat rasa pengaruh TV kepada Fawwaz...kerana banyak menonton rancangan action cartoon...tingkah laku Fawwaz pun lebih kasar dan buas....kadang2 aksi berbahaya menakutkan Imah sendiri..Yelah takut tercedera...bermain kasar ngan anak orang...

Kalau macam Imah anak baru sorang..nak masuk 2...teman Fawwaz kat rumah...TV lah jawabnya..layan tengok cartoon pagi/petang sementara Imah mengemas/memasak/menjahit...kiter takde bibik...So..sekadar hilangkan sunyi kat umah...rancangan berunsur syirik ...hiburan...memang Imah jauhkan...

Alhamdulillah buat masa ni..TV sekadar ada ajerr...CD player pon takde...Astro pon takde...

macam dok dalam usrah pulak....

Apr 28, 2010

WIP: Sakura




Here is xstitch terbaru...dalam proses..sket je lagi...Imah namakan Sakura.
kebelakangan ni sibuk dengan sewing project...dah lama tak menjahit...teruja bila tengok member lain dengan hasil jahitan n craft masing-masing...Imah pun apalagi...Dah lama tak menjahit...gatal tangan nak potong kain...dapat kain perca pun kira oklah...Kalau tak dapat nak ngadap mesin...cubalah wat xstitch plak...tak dapat tengok hasil xstitch sendiri...cuci mata tengok xstitch akak2 yang lain pon alhamdulillah....So, for this one..tunggu jelah..ye..

Apr 27, 2010

Untuk baby...

Barut n booties pun projek minggu lepas...Jahit tinggal-tinggal..takleh fokus..kekadang tengah syok2 jahit Fawwaz buat perangai...kekadang sakit kepala lah...tapi alhamdulillah dapat jugaklah siapkan...paksa2 diri nanti sakit plak...hehe..

Barut baby...







Barut baby Imah buat 5 helai jerr...actually Fawwaz nyerr dulu dah ada..tapi barut bertali n daripada kain kapas plain...Kali ni saje suka2 cuba-cuba buat barut berpelekat(velcro tape) n fabrik daripada flannel cotton bercorak...


Baby booties...



Booties ni lak Imah cuba2 gak buat....takde kain...just lebihan kain dari sarung bantal Fawwaz dulu..kain flannel..Bolehlah kan...tapi just trial project...pasni...bolehlah buat yang lain...

Apr 26, 2010

Gubahanku...

Salam semua...dalam seminggu kebelakangan ni ada beberapa hasil kerjatangan Imah siapkan..tak sempat nak entry dalam post ni...busy sket...tak busy ngan keje umah..rumah memang dah tak terurus...baby makin membesar...kaki pun dah bengkak2..sakit belakang...normal lah tu kalau mengandung....sibuk ngan appointmen Klinik dan Hospital....

Boleh dikira kat rumah Imah ni ada satu aje hiasan bunga...sesekali nak tengok rumah ni berseri sket..sempatlah jugak beli bunga plastik rm10/4 jambak..murah jerr...lidi...daun pakis n reben untuk batang bunga...
malam tu Fawwaz pon dah tido...dalam 15 minit imah siapkan...tapi macam tak cukup bunga..tak jadi bulat...pasu bunga lak Imah tibai mak Imah nyerr balik Alor setar lepas...dan hasilnya..

Dapat award....

Alhamdulillah...dapat award..Dah lama tak dapat award ni...yang ada dulu pun dah lesap bila imah nak tukar template blog ni sebelum ni...tima kasih kepada yang memberi Aku_Tulip




Rasanya ramai lagi yang kat luar sana yang lebih layak....

1. Nominate 12 bloggers.
2. Put the logo onto your sidebar or within a post.
3. Link the nominees within your post.
4. Let the nominees know they’ve received this award by commenting on their blog.
5. Share the love and link the sidebar logo to the person from whom you’ve received this award
Oleh itu Imah tujukan kepada senarai blogger dibawah Ini:

http://smockingwithnannie.blogspot.com/-kak nani
http://sulamsayang.blogspot.com/-kak Norzihan
http://sulammenyulam.blogspot.com/-Shahrul Bariah
http://www.roseinspiration.com/- kak shiela
http://tinihani.blogspot.com/-TiniHani
http://www.neezaneedles.com/-kak neeza
http://sewretrochic.blogspot.com/-kak zura
http://deliagarden.blogspot.com/-Lydia
http://durratulain.blogspot.com/-kak durra
http://mamadaniel2008.blogspot.com/- kak zila


Rasanya macam Imah lak Paling muda kat sini....Hehe...Sume2 list atas ni Imah suka hasil kerja mereka...Sila amik Award akak2 ye..

Apr 21, 2010

Pengumuman....

Salam semua...
Kali ni takde cerita tak ada projek...just nak bagitau Imah dah tukar title blog...nape ye..???ntahlah..tukar mood..agaknya..'World Of Me' rasanya terlalu luas...
title baru ni...untuk blog yang lebih pada hasil kerja tangan Imah sendiri....

Apr 20, 2010

Dari kain perca....

Alas Periuk..or alas dapur serbaguna...

Projek jahit alas periuk dari nenek..my mother in law...dah lama buat nih...tapi tak masuk jerr kat blog ni...Actually tak masuk project list..tapi bolehlah...mak dah siap2 potong kain2 perca dari mak ngah, Imah sambung jahit jelah...


Tak tau Projek apa....

Yang bawah ni lak kain2 perca yang dah di cantum-cantum....Bercampur2 jenis kain...kain orang buat baju....Mak mertua imah dah siap2 potong....untuk kegunaan Imah n anak2...buat baby quilt kerrr...????Hehehe...Rasanya Imah ni lagi cerewet....Sori ye mak....

kalau ada yang boleh bagi idea ngan perca cantum atas tu....tolonglah yerr....

Apr 15, 2010

Contest "Tidur Paling Comel"






Nama:Muhammad Fawwaz bin Ahmad Kamal
Umur:2 tahun 4bulan
Tarikh Lahir:7/12/2007
Warna Kegemaran:Hijau


Kepada sesiapa yang berminat ikut syarat2 di bawah....


1. Jadi follower blog InfantiaHouse ..
2. Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda...
3. Copy & paste tajuk entry anda seperti diatas dan pastikan buat link ke..
http://infantiahouse.blogspot.com/2010/03/contest-tidur-paling-comel-by.html
terus ke blog InfantiaHouse...
4. Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun.
5. Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal.
( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...)
6. Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda.
7. Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti)
8. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni...
9. Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm~~ cepat2 jgn lambat yer....

Hadiah untuk contest ni...

* Hadiah 1 - Set Tilam Bayi Bersarung Klu nak tengok klik sini
* Hadiah 2 - Golek Kanak2 Beserta Sarung
* - Bantal Kanak2 Beserta Sarung (klik sini)
* Hadiah 3 - Bantal Bayi Beserta sarung (klik sini)
- Golek Bayi Beserta sarung (klik sini)

* Hadiah Saguhati ( untuk 3 orang )
Produk Bayi ( antaranya Tungku Bayi, Minyak Bayi, Barut Bayi, selimut bayi )

Apr 11, 2010

Recycle Project...

Ini dia...recycle apron...daripada sarung bantal peluk dan sarung tilam terpakai adik bongsu imah...skarang dah tahun4 pun...actually nya mak imah nak buang...tapi cepat2 imah amik...dalam kepala masa tu boleh buat projek nih...







Hasilnya tak berapa kemas...kerja orang nak cepat siap...kalut ngan anak yang nak berkepit ngan umminya...boring Fawwaz main sengsorang...tunggulah pas ni ada adik..

Apr 7, 2010

Small Pattern xstitch..




Flower Heart.


Flower Bouquet 1

Hehehe...sempat jugak Imah upload photo nih...Kedua2 nih xstitch terbaru yang Imah siapkan...lamalah jugak siap...tapi tak berFrame...just a small pattern...tak tau lagi nak buat pe ngan xstitch nih...

Baby set

Petang semalam jalan-jalan kat Nagoya Tesco Extra SP teman Nenek Fawwaz beli kain untuk dijadikan sarung bantal cucunya,anak sulung Abang Ngah n Kak Ton yang akan lahir bulan6 nih....Imah tercari2 jugak kain yang berkenan untuk projek akan datang...Tapi tak ada yang Imah berkenan...Kain cotton untuk sarung bantal baby banyak..tapi tak masuk senarai projek...Untuk adik Fawwaz nih...recycle jelah abangnyerr dulu...elok lagi....siap dengan baby basket lagi...






Baby basket...Actually ada 4...tapi dah jadi bakul simpanan barang Umminya...Untuk baby yang bakal lahir ni...recycle abang dia punya dulu....

Apr 5, 2010

Matahariku...

Sunflower n butterfly xstitch cushion...



Dah lama nak buat sarung kusyen ni..tapi baru semalam Imah jahit...Jahit pun 5 minit boleh siap...



Sarung kusyen ni imah buat dengan kain perca lebihan daripada kain langsir dan kain...ntah apa namanya...Imah pun tak tau...Biasanya kain untuk buat cheongsam...lebihan kain yang Imah dapat masa study kat IKIP Training dulu.

Mar 23, 2010

Projek lama untuk Fawwaz...

Kedua2 bawah ni projek lama...kebetulan ada gambar...masuk jelah kat sini...Untuk anak lelaki nih...pikir2 gak nak jahit apa...rasanya kalau ada anak pompuan lagi semangat yer tak??


Ini...first baju raya Fawwaz Imah jahit...Masa tu Fawwaz baru Setahun...Seluar getah cerut...





Ini plak recycle nya..Asalnya seluar jeans terpakai..tapi elok lagi kainnya...daripada buang, Imah potong semula, jahit buat short pant untuk Fawwaz...

Mar 22, 2010

Teddy pincushion



Ini plak Imah stitch sebelum Imah pregnant dulu..tak plan nak buat pincushion..dah sihat ni..boring2 buat keje rumah...layan jap buat ni...pincushion yang ada lama dulu ntah mana hilang..cicir agaknya masa pindah dulu...

Blaus Hijauku





Haa..Ini blaus mengandung yang Imah siapkan minggu lepas..Dah pakai pun..Dah lama plan nak jahit tapi oleh sebab morning sickness di awal bulan tak tersentuhlah...kot manapun Imah nak jahit sediri..Tak lawa pun tapi Imah puas hati...
Ciri2nya...
1. Longgar.
2. Labuh di bawah paras punggung.
3. Pergelangan tangan bergetah.
4. Leher bentuk V.
5. Lisu terbalik di bawah dada.
6. Jahit jaluran halus di dada.

Ciri2 yang Imah nak..Imah buat sendiri...

Mar 13, 2010

Imah Kembali !!!

Assalamualaikum...and salam sejahtera.

I'm back!!!
Sekian lama sunyi tanpa post imah kembali semula...
Panjang kisahnya...nantilah Imah ceritakan...

Project craft masih lagi berjalan...Kalau tak menjahit projek besar projek kecil pun jadilah....Senarai projek banyak...tapi nak siapkan satu persatu banyak pulak halnya.

Lepas ni blog ni pun nak kena update lagi selepas 7bulan lamanya tak di sentuh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails