Tuesday, October 20, 2009

Penang Bird Park


Last weekend, kami anak beranak pergi ke Penang Bird Park yang letaknya tak jauh dari Sunway Carnival Mall dan betul-betul bersebelahan dengan temple.Kira-kira kat tengah bandarlah jugak...Mulanya kami sangka tempatnya lebih terbuka..tapi sebaliknya..nak masuk kena bayar..caj untuk dewasa rm15..kanak2 rm10 bawah dan camera rm1-5 ikut jenisnya..Sebaiknya sampai bird show pun mula....lepas tu kami pun jalan2 melihat burung-burung yang ada kat situ...










Semua tu antara burung2 yang ada di Penang Bird Park.Selain burung ada jugak hidupan lain seperti rusa,kura-kura,arnab, dan lain2.walaupun bird park ni tertutup..tapi kawasan untuk hidupan2 yang ada..kira OKlah..ada yang didalam sangkar..dan ada yang dibiarkan lepas..Kepada sesiapa yang belum lagi sampai di bird Park ni...bolehlah bawa famili jalan2 sini..tapi make sure cukup duitnya nak bayar tiket...dan tempat parking amat terhad...kat tepi jalan jerrr...

Sunday, October 18, 2009

Konsep Rumah Bercirikan Islam

RUMAH atau projek perumahan yang bercirikan Islam perlu diwujudkan bertujuan untuk mendorong cara hidup Islam yang menyeluruh dapat dipraktikkan.

Ciri-ciri perhiasan luaran seperti, kubah, ayat-ayat Al-Quran atau motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu "Islamik" atau tidak. Tetapi terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penelitian.

(i) Wujudkan sempadan yang nyata antara ruang tamu dan ruang keluarga supaya "privacy" penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga. Sementara setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu "lobby" (ruang legar) yang sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.

(ii) Wujudkan dua jalan keluar masuk iaitu, satu untuk umum dan satu lagi khusus untuk penghuni rumah terutamanya kaum wanita.

(iii) Perlunya ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah.

(iv) Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik air dapat dilakukan dengan menghormati kiblat.

(v) Setiap rumah keluarga disarankan mempunyai paling minima tiga bilik tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang menyuruh umatnya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik bagi ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.

(vi) Terdapat ruang yang terlindung untuk kaum wanita, ruang kerja dan interaksi untuk kaum wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan bilik air.

(vii) Cadangan bagi mewujudkan perumahan bercirikan Islam turut menggesa penguatkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju mengintegrasikan ciri-ciri penggalak kepada cara hidup Islam di dalam reka bentuk projek-projek perumahan.

(viii) Perlu disedari bahawa perumahan bercirikan Islam tidak hanya patut dinilai dari segi reka bentuk tetapi sumber kewangan yang memajukannya juga mestilah bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam. Contohnya sebuah projek perumahan yang dibiayai oleh bank yang melibatkan riba' tidak boleh diklasifikasikan sebagai perumahan yang bercirikan Islam walaupun dari segi ciri-ciri reka bentuk ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

(ix) Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w tentang mengasingkan tempat tidur kanak-kanak lelaki dan perempan, rumah tiga bilik ini adalah satu keperluan kepada rakyat. Dengan itu sekiranya rakyat tidak mampu akibat dari kenaikan kos maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk memastikan rakyat boleh mampu sama ada dengan memberi subsidi kepada kos pembinaan seperti mengurangkan atau memberi pelepasan untuk cukai-cukai keatas pelbagai bahan binaan yang digunakan, memanjangkan jangkamasa pembayaran balik dan sebagainya.

Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih kepada konsep perumahan yang ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada Islam itu adalah universal dan boleh dimanfaatkan untuk semua bangsa.






Artikel ini Imah dapat dari sumber tertentu..Dan Imah rasakan elok di praktikkan oleh semua..

Tuesday, October 6, 2009

Alatan Jahitan

Here is my sewing machine..I have used it 'bout 5 years..masa tu Imah study kat Poli Jb..amik course Fesyen Teknologi Pakaian.




Ni lak toolbox...pun dah lama imah guna...sepah ngan barang2 jahit..


And this...buku2 jahitan yang ada dalam simpanan Imah...First book...panduan Menjahit Pakaian..Covernyer pun dah lain skarang...Dah lama tak beli buku Jahitan...Asal masuk bookstore jerr...pegang2..last letak balik...modal tadak...


Lain2 nih...alat2 jahitan yang Imah guna untuk menjahit.macam biasa..benang..jarum..gunting..kalo tak de tu..menjahit pe namanya...

Monday, October 5, 2009

Pindah lagi..

Fuhhh...alahai macam2 perkara plak jadi kebelakangan ni sedang orang sibuk dalam mood raya...hidup ni banyak betul dugaan...Baru jerr imah rasa idup nih nak stabil...tiba2 plak bergoyang semula..kena PINDAH LAGI!..aduh...tak sampai setahun pun kami menyewa di sini..nasiblah barang2 perabot tak banyak..well perkara nih takdelah kejutan sangat...coz sebelum nih pun dah biasa idup nomad...hehe..well apapun hidup mesti diteruskan..skarang siap2 packing barang ajelah..next month kami pindah ke SP (Sg.Petani).
Rumah sewa di SP dah pun dapat..satu lorong je dengan rumah mak mertua..tak jauh jugak dengan rumah adik ipar..area yang sama..Taman yang sama..kebetulan ada rumah kosong...Adalah beberapa faktor sebabnya kami decide dok di SP.

  1. Suami bertukar kerja di SP.
  2. Kos hidup lebih rendah.
  3. Dekat dengan famili.So,dengan keadaan kesihatan imah yang tak tentu rasa eloklah keluarga ada dekat..
  4. Fawwaz ada ramai kawan..nenek..
  5. Bolehlah amik upah jahit smula..kenalan & sedara-mara pun ramai...
  6. Mungkin masa akan datang Insaff cc pindah ke SP..
Suami imah decide tukar kerja pun coz untuk fokus pada Insaff cc..company tu mungkin tak besar..masih baru..tapi untuk long term mungkin akan dikenali di internet macam mudah.com..alibaba.com ...tak silap nama company tu..e2pages.internet directory company gitulah... bidang kerja suami yang lebih berpengalaman di bidang Sales/marketing cari peluang nak kembangkan bisness sendiri dengan kerja baru..cita-cita suami imah mahu ada bisness computer..bukan setakat bisness cybercafe saja..semua berkaitan computer...mungkin lebih dari itu..Penasihat kami..abah Imah pun sama2 plan nak kembangkan bisness memandangkan beliau akan bersara bulan depan...next...Imah akan cerita lagi tentang InSaff cc..dan rancangan masa depannya...

For baby Nisa

Here is W.I.P especially for new arrival baby Anisa.. Mak ngah buat special nyerr..


Tinggal sikit jerr lagi...Next week bolehlah serah kat baby...Baby nisa nak balik kampung ngan Tok nanti lehlah singgah jumpa Makngah nanti...Seronoknya dapat baby girl...

Sunday, October 4, 2009

Cerita raya..

Dah lama tak update blog...nak bercerita pun rasa malas jerr...cerita pasal raya lah duluya..raya tahun ni macam biasa raya pertama dirumah keluarga mertua...semua adik beradik suami berhimpun di rumah mak di pagi raya...kecuali keluarga A.Long aje yang tak ada kerana balik kg sebelah isteri di Negeri9..

Di bawah ni Keluarga sebelah suami pada raya pertama.

Di bawah ni plak Imah bersama suami dan anak pada raya pertama.
Pada raya pertama sempatlah jugak Imah dan suami ziarah keluarga sebelah suami...
Dan keesokan hari pada raya kedua...kami bertolak balik ke Terengganu....dari pukul 9 pagi dan sampai pada pukul 8 mlm...

Permandangan di Lebuhraya Baling-Gerik.


Raya bersama Keluarga DiKerteh TereNgganu.

Fawwaz and Maksu Aimi.Macam adikberadik plak.


New arrival..baby Anisa..Anak saudara pertama Imah..Alah bucuk anak Mak Ngah...Raya tahun ni beraya ngan anak saudara barulah Imah....Tapi yang tak bestnya tak dapat raya ngan Tok and Tok Wan di Pokok Sena Kedah.First time raya diTerengganu...biasanya raya macam nih...Mak abah and adik2 balik kampung ke Kedah..Memandangkan ni tahun akhir Famili Imah di Terengganu so merasa jugaklah beraya di Kerteh Terengganu...Dan specialnya raya ke4 Imah raya diwad hospital Kemaman coz kena sawan sampai 9kali dari pukul 2pagi-9pagi tu...last fit Imah jatuh di Toilet tak sedarkan diri...Lemah seluruh badan...Aduh..Memandangkan kakak imah jugak staffnurse so dia pun nasihatkan suami imah bawa imah ke hospital..Masa tu Imah teringatkan anak jerr...Kalau jadi apa2 pada imah macammana anak Imah...Alhamdulillah Imah kena tahan sehari semalam jerr...Raya tahun ni...dalam keletihan....Tak sempat nak beraya ke rumah kawan2 di Terengganu...Rindu pada kawan semua...

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri..

Selamat hari raya buat semua muslimin muslimat...Semoga Ramadhan mendapat berkah..Aminn..

Kepada pegikut2 meh amik kad raya...Imah agak sibuk musim raya nih...nak ziarah blog teman-teman pun tak sempat...Ada kelapangan imah singgah....Raya nih lehlah imah santai2 skett...ziarah teman bloggers semua....Raya..