Followers

Oct 20, 2009

Penang Bird Park


Last weekend, kami anak beranak pergi ke Penang Bird Park yang letaknya tak jauh dari Sunway Carnival Mall dan betul-betul bersebelahan dengan temple.Kira-kira kat tengah bandarlah jugak...Mulanya kami sangka tempatnya lebih terbuka..tapi sebaliknya..nak masuk kena bayar..caj untuk dewasa rm15..kanak2 rm10 bawah dan camera rm1-5 ikut jenisnya..Sebaiknya sampai bird show pun mula....lepas tu kami pun jalan2 melihat burung-burung yang ada kat situ...










Semua tu antara burung2 yang ada di Penang Bird Park.Selain burung ada jugak hidupan lain seperti rusa,kura-kura,arnab, dan lain2.walaupun bird park ni tertutup..tapi kawasan untuk hidupan2 yang ada..kira OKlah..ada yang didalam sangkar..dan ada yang dibiarkan lepas..Kepada sesiapa yang belum lagi sampai di bird Park ni...bolehlah bawa famili jalan2 sini..tapi make sure cukup duitnya nak bayar tiket...dan tempat parking amat terhad...kat tepi jalan jerrr...

Oct 19, 2009

Konsep Rumah Bercirikan Islam

RUMAH atau projek perumahan yang bercirikan Islam perlu diwujudkan bertujuan untuk mendorong cara hidup Islam yang menyeluruh dapat dipraktikkan.

Ciri-ciri perhiasan luaran seperti, kubah, ayat-ayat Al-Quran atau motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu "Islamik" atau tidak. Tetapi terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penelitian.

(i) Wujudkan sempadan yang nyata antara ruang tamu dan ruang keluarga supaya "privacy" penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga. Sementara setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu "lobby" (ruang legar) yang sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.

(ii) Wujudkan dua jalan keluar masuk iaitu, satu untuk umum dan satu lagi khusus untuk penghuni rumah terutamanya kaum wanita.

(iii) Perlunya ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah.

(iv) Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik air dapat dilakukan dengan menghormati kiblat.

(v) Setiap rumah keluarga disarankan mempunyai paling minima tiga bilik tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang menyuruh umatnya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik bagi ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.

(vi) Terdapat ruang yang terlindung untuk kaum wanita, ruang kerja dan interaksi untuk kaum wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan bilik air.

(vii) Cadangan bagi mewujudkan perumahan bercirikan Islam turut menggesa penguatkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju mengintegrasikan ciri-ciri penggalak kepada cara hidup Islam di dalam reka bentuk projek-projek perumahan.

(viii) Perlu disedari bahawa perumahan bercirikan Islam tidak hanya patut dinilai dari segi reka bentuk tetapi sumber kewangan yang memajukannya juga mestilah bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam. Contohnya sebuah projek perumahan yang dibiayai oleh bank yang melibatkan riba' tidak boleh diklasifikasikan sebagai perumahan yang bercirikan Islam walaupun dari segi ciri-ciri reka bentuk ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

(ix) Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w tentang mengasingkan tempat tidur kanak-kanak lelaki dan perempan, rumah tiga bilik ini adalah satu keperluan kepada rakyat. Dengan itu sekiranya rakyat tidak mampu akibat dari kenaikan kos maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk memastikan rakyat boleh mampu sama ada dengan memberi subsidi kepada kos pembinaan seperti mengurangkan atau memberi pelepasan untuk cukai-cukai keatas pelbagai bahan binaan yang digunakan, memanjangkan jangkamasa pembayaran balik dan sebagainya.

Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih kepada konsep perumahan yang ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada Islam itu adalah universal dan boleh dimanfaatkan untuk semua bangsa.






Artikel ini Imah dapat dari sumber tertentu..Dan Imah rasakan elok di praktikkan oleh semua..

Oct 5, 2009

For baby Nisa

Here is W.I.P especially for new arrival baby Anisa.. Mak ngah buat special nyerr..


Tinggal sikit jerr lagi...Next week bolehlah serah kat baby...Baby nisa nak balik kampung ngan Tok nanti lehlah singgah jumpa Makngah nanti...Seronoknya dapat baby girl...

Sep 16, 2009

Salam Aidilfitri..

Selamat hari raya buat semua muslimin muslimat...Semoga Ramadhan mendapat berkah..Aminn..

Kepada pegikut2 meh amik kad raya...Imah agak sibuk musim raya nih...nak ziarah blog teman-teman pun tak sempat...Ada kelapangan imah singgah....Raya nih lehlah imah santai2 skett...ziarah teman bloggers semua....Raya..

Sep 9, 2009

Kerja vs Anak

Fuhhh...penat beberapa minggu ni...sampaikan pc pun tak tersentuh....sibuk mengadap mesin jahit...siapkan baju baju raya customer Ecca Boutique..Anak pulak???Hmmmm.....2 minggu percubaan di taska..susah hati Imah dibuatnya...Imah pun start keje half day nak tengok respond Fawwaz...Al maklumlah tak pernah berenggang ngan Ummi..Suasana kat taska berbeza ngan kat rumah..Memang susahlah kalau Fawwaz nak sesuaikan diri...Dari hari pertama di taska Fawwaz makan tak mahu..tidur pun tak mau...menangis tak henti2...sampai demam2...Nak berdukung aje...Pengasuh di taska pun tak dapat buat apa2...Tak sanggup nak mengasuh Fawwaz lagi..

First day kerja rasa kekok n kelam kabut..Macam hilang skill yang ada...teknik jahitan di Ecca Boutique pun tak semua sama macam yang Imah biasa buat...ni pun pengalaman n ilmu berguna jugak...yang tensionnyerr...sehari jahit baju kurung pun Imah takleh siapkan...ada jerr silap..kenalah baiki...sedangkan dulu imah boleh jahit 2 hingga 3 pasang sehari siap sembat lagi...Inilah akibatnya kalau skill yang ada disimpan2..berkaratlah.Anyway, Imah kuatkan semangat..Kak Ila pun faham..n bagi semangat...
And...lepas 2 minggu Alhamdulillah...Kerja pun bertambah baik...dapatlah jahit 2 pasang....bolehlah tu...baru 2 minggu...lama2 cekaplah...Semangat...semangat....semangat...
Dalam semangat2 tapi..anak pulak masalahnya...taska comel bestari pun tak mau ambil Fawwaz lagi...taska lain??Imah pun tak yakin Fawwaz leh tinggal dengan orang lain selain Ummi nya....

Finally, Imah ambil keputusan brenti menjahit di Ecca Boutique...tapi, Imah start menjahit di rumah...Kak Ila owner Ecca Boutique izinkan imah ambil baju yang siap potong untuk jahit di rumah...Dapat jugak imah menjahit...tak lah berkarat skill yang ada....and adalah jugak side income....Bawah ni...baju yang Imah ambil dari Ecca Boutique...Baju Kurung yang nak di sembat.Separuh siap..





Aug 18, 2009

For my child.


Here this new finished work...especially for my little son Muhammad Fawwaz.It takes 2 weeks for finished.I'm so excited to finish this because it was the first xstitch for my son.I plan to do this long time ago when i was pregnant but i dont have a good health at the same times..Anyway i'm so happy...finally i have finished...



















Original picture from DMC and My Sleepy Bee



Actually I get the first picture from DMC tapestry gallery...not from free chart..because i like the cutest bee..i copy the picture and make a sketch of little bee into a graph paper...and set the color, sizes..and Here is..my cute little sleepy bee.

Looks same but not real the same.

My elder sister will having a baby..next month..I have new project for new arrival baby...

17 August 2009..my birthday anniversary...25 years..

Aug 10, 2009

Kad Untuk Sha.


Here is the card for my friend from Jengka Pahang.Sha is a good and sweet girl...younger than me...Actually adik ni buta IT..so nak berhubung samada sms/call surat...classmate masa study kat Ikip Training dulu...sayangnya, Sha tak lulus coz 3 projek pakaian tak siap...Camanapun dia rajin bertanya...Banyak pengalaman dengan adik2 di Ikip dulu...Kebanyakan adik2 ni lemah akademik..last choice amik jahitan...termasuklah Sha...slalu kena bebel dengan Imah...tapi dengar kata....lurus sket adik ni slalu kena buli ngan kawan2 yang nakal...and slalunya Imahlah tempat dia ngadu...
Sampai sekarang kami masih keep in touch...

Dah lama tak buat card handymade...Bahan tinggal yang saki baki lama dulu...

Aug 8, 2009

Just For Fun...

Dalam lukisan Potret...


Happy Family


Little baby peguin...


Lets have fun here...PhotoFunia, Loonapix, and Funphotobox


Tag dari kak Yati

Fuhh...dah seminggu rasanya tak berblog nih...macam2 hal...ada sket masa nih...blehlah post tag dari kak yati....thanks first pada kak yati...



Rules:
You must thank the person who gives you the award. Copy the logo and place it in your blog. Link to the person who has nominated you for the award.

Name 7 things about yourself that people might find it interesting.
Apa nak tulis nih...????Emmmmm...pikir dulu...


1)Suka crafty work..tapi nak buat takde ruang masa...kecuali xstitch...

2)Dah beranak 1 tapi ada yang sangka imah budak skolah...bawa jerr anak ke mana2 orang sangka adik.....

3)Asal usul...mana??Parent orang Kedah...Imah lahir di KL....membesar,bersekolah di
Terengganu..and sudah bergelar Ummi...bersama suami dan anak di B.Mertajam.

4)Tak suka Make-up...perfume...boleh buat imah bersinnnn...tak brenti...

5)Pernah study di KUSZA-it(2 sem), Politeknik JB-Fesyen& Pakaian (3 sem), IKIP Training Kuantan-Tekno. Pakaian Wanita -Tamat...

6)Pernah kerja sebagai Tukang Jahit...Imah leh jahit...Baju kurung Tradisional/Moden/Riau , Blaus, Jubah, Kebaya, Baju Melayu..??sket2... tak confident cantikk...slek berzip pun gitu...sluar cerut lehlah ...

7)Suka masuk kedai kain...cuci mata...Kedai buku...tapi kalo dah beli dah simpan berabad baru nak leh baca.....

Itu aje kot.....mmmp saper yang layakkkk dapat tag nih...jeng...jeng...nantilah dulu...postpond dulu yerrrr...

Jul 30, 2009

Passion For Roses

Here is the Passion For Roses.Finally i can capture this project...Just use webcam..Actually for this one i use different thread not same in chart...Agak2 jerr warna yang sesuai...Looks over bright..
And this...i want make a card for friend....in progress..the picture looks blur....

Jul 25, 2009

Problem with the camera

I have finished my crossstitch work, Passion For Roses 2 days ago...but i can't take a picture yet because problem with the camera..Anyway i'll be upload the picture when its ok.For now i was starting with a new stitching...a simple card...for a friend..hope i can upload picture to show it for others soon.

Jul 18, 2009

Dosa kecil menjadi dosa besar

Kita tidak boleh memandang endah tak endah terhadap dosa-dosa kecil yang kita lakukan kerana ia dapat juga berkembang dan berubah menjadi dosa besar dengan adanya berbagai sebab iaitu:

1. Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.

Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah berbekas pula.Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!

Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.

Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini berlaku sebab hebatnya godaan dan lain sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya.

Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong melakukannya. Kecondongan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Orang menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.

3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.

Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat, ia akan terbuku di dalam batin, bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya kembali. Perasaan berbahgia di dalam dosa satu hal yang sangat buruk.

4. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman/bebas dari balasan Allah.

Sebetulnya perbuatan apa pun samada besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah teramat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang bodoh/sesat sahaja yang merasa dirinya aman/bebas dari pengawasan Allah. Walaupun (nampaknya) aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah memang menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaanNya, agar dengan demikian makin banyak lagi dosa yang dikerjakannya dan akan dibalas di akhirat kelak. Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan semakin berani melakukanya.

5.Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.

Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu melakukannya memang di hadapan orang lain. Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran. Dosanya kerana melakukan kesalahan dan dosa memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri sebab hanya dia sendiri dan Allah yang mengetahui. Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan dengan diam-diam dengan tidak diketahui orang lain, mengapa dilakukan di muka orang lain?

Jadi pelanggaranya yang pertama, kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggarannya yang kedua kerana cara ia melakukan dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Dengan begitu, satu perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.

6. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.

Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya .Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.
Dalam sebuah hadis disebutkan: "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun" Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya,apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.

by:

http://www. daawah.com/

Jul 15, 2009

Award



Here is the first award imah dapat dari kak Fizan...dah lama nak add tapi tak sempat..And then...Award for others...sori ye kak ina, imah copy jerr rules tu kat blog akak....


Rules:

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

a.Kak Fizan
b.Kak Ina
c.Kak Salmi
d.Kak Zihan
e.CindyMae
f.Kak Farahana..
g.Kak Alynn
h.Musliha
i.Balkis.

Jul 6, 2009

Long Holiday..in Terengganu

Last school holiday my family from Terengganu was coming here visit us at Penang..At the same time my father have to stay at Pantai Hospital KL for a small operation ....Its about 3 days my father was there.All my sisters and brother coming back to Terengganu with my Father..and take care of him...and make sure he in good health...My hubby cannot stay long cause he need to work and let me and my son with my parent....after a week my father start working...just for 3 month ...and then my father..my mother and my younger sister will move here and stay with us...















Last day in Terengganu...
At Pantai Kemasik...The rocky beach...My Favourite Place.




i don't know what can i write...in english...its funny....

Jun 16, 2009

WIP- Passion For Roses


Here is my progress work..PASSION FOR ROSES..Ingatkan bolehlah siapkan cepat....Samalah macam projek lain sebelum ni....Dengan benang yang tak cukup...Tibai jerr mana-mana benang ada...Hasilnya pun jadilah tak seperti yang sepatutnya...Chart passion for roses ni beli dah lama masa tinggal di KT dulu..tahun 2007...Chart from DMC..mini chart...Masa ni baru nak blajar-blajar..hobi baru...Cadangnya nak buat sampler...Dalam proses....

Jun 12, 2009

What I've Learnt Today ?

Artikel ni Imah dapat di iluvislam.com.Imah suka website ni...tertarik ngan isi kandungan artikel2 dan tazkirahnya...Lets we share....





I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow."

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life." "I've learned that making a 'living' is not the same thing as 'making a life'."


"I've learned that life sometimes gives you a second chance."

"I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back."

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision."

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one." "I've learned that every day you should reach out and touch someone."

"People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."


"I've learned that I still have a lot to learn." "I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT. ^_^

Jun 8, 2009

...sssyyy...


Its been quite for a long time...Since i moved to a new house..No pc...and internet...Before i use pc in insaff cc...for this time just use my hubby laptop.I will have my own pc at home soon...bila tak tau la..so lepas ni kena slow down untuk blog ni.Project xs pun agak slow tapi masih berjalan...maybe pas ni kena sedia jadual..Masa dah terbungkang...tak terurus....Dengan anak yang semakin besar dan tak terkawal.

Just wait...Maybe after this i will come back with a lot of story and project...Bulan puasa dah dekat Nak kena prepare untuk project baju raya....

May 1, 2009

The Noble Qur'an and the TV Guide


They lie on the table side by side
The Noble Qur'an and the TV guide.
One is well worn and cherished with pride.
Not the Qur'an, but the TV guide.
One is used daily to help folks decide.
No, not the Qur'an, but the TV guide.
As the pages are turned, what shall they see.
Oh, what does it matter, turn on the TV.
So they open the book in which they confide.
No, not the Qur'an, but the TV guide.
The Word of Allah is seldom read.
Maybe a verse before they fall into bed.
Exhaused and sleepy and tired as can be.
Not from reading the Qur'an, from watching TV.
So then back to the table side by side,
Lie the Holy Qur'an and the TV guide.
No time for prayer, no time for the Word,
The plan of Istiqama is seldom heard.
But forgiveness of sin, so full and free,
Is found in the Qur'an

Apr 21, 2009

Sunflower


Here is another one finished project.This is my 2nd project....2007.

WIP

Have been started two weeks....so slow..its medium size...i called 'passion for roses.'

Mar 28, 2009

Luasnya Neraka!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails