Followers

Jan 9, 2011

Kali kedua..smocking..dan xstitch.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca...setelah lama berehat dari aktiviti jahitan..rindu pulak nak menyentuh jarum dan benang..mesin jahit..kain..gunting..hehe..buatlah sekadar melepas rindu..Anak2 imah kecik2 lagi...mestilah perhatian lebih kepada mereka..untuk kali ni imah entry hasil kerjatangan yang masih dalam proses untuk disiapkan..actually, dah lama imah buat..masa pregnant dulu.. tapi tak sempat nak masuk kat blog..Imah buatlah perlahan2..

Bless This House

Imah pun tak ingat bila imah mula buat xstitch ni...keseluruhannya dah siap...cuma tak frame je...Ini pun tak sure lagi nak frame ke..buat hiasan kat kusyen ke...tengoklah dulu...mood berubah...dengan keadaan kesihatan..masa..nama pun hobi...tak perlulah nak bersusah-susah untuk siapkan hinggakan perkara lain yang lebih penting terabai...Dalam tak sedar kadang-kadang buat xstitch ni imah pun jadi leka..hehe..

Yang ini pulak jahitan smocking..percubaan pertama secara manual...Nak buat lukis garisan pun kena teliti supaya tak senget....makan masa jugaklah nak jahit satu persatu line...Sebelum ni pernah belajar buat smocking masa study kat Kolej Ikip dulu..tapi hasilnya tak sebaik kali ini..Alhamdulillah...
Gambar tak terang...blur sket..tinggal sket lagi nak siap..tapi jahit2 tinggal..lambatlah siap...Imah pun tak plan nak buat baju pe untuk smocking tu..
So untuk perkembngan seterusnya..teruskan mengikuti blog ini...Imah sentiasa menanti komen dan tunjuk ajar daripada semua...terima kasih..

7 comments:

Nur said...

Comel cross stitch tu. :)

Nurazimah said...

tq kak yati..kak yati folowwer paling setia...

nizacraft said...

salam... minat kita sama... i love x stitch very much... can we exchange link. i follow you. TQ

Nur said...

Pandai Imah ber-smocking. Boleh buat dress untuk anak perempuan. Kak Yati pun tak pernah cuba. :D

MamaDaniel said...

imah.. smocking secara manual tu cemaner ek? thanks...

norem said...

lama x menjenguk disini

suri solehah said...

salam imah..akak dulu penah minat nak buat xstitch tu tapi sampai hancur kertas tak saip2 jugak..tak mapu..pasal smocking tu baru akak tahu leh buat manual ye..hehe..jakun sungguh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails