Followers

Feb 7, 2011

Love Keychain..

Key Chain untuk Ibu Ummi Kalsum.
Saje2 buat untuk Ibu..Siapa yerr Ibu nih..??
Dialah teman baru Imah..
Baru saja kenal tapi rasa macam dah lama kenal...

Muda lagi orangnya...muda dari Imah..boleh panggil adik..
tapi anak Imah suka panggil Ibu..
Bentuk hati ni melambangkan Cinta..Sayang..Itulah Yang kami kongsikan..
Tak boleh cerita banyak2..satu masa nanti terungkailah siapa Ibu ni..

Feb 6, 2011

Keluargaku Sayang: Tak Semestinya Pakai Jubah atau Abaya

Keluargaku Sayang: Tak Semestinya Pakai Jubah atau Abaya: "Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kadang-kadang terasa susah nak memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang lain tentang konsep m..."

Feb 2, 2011

Wristlet and Boxy pouch..


Assalamualaikum..semua..Beberapa hari lepas....awal-awal pagi..sedang kedua-dua orang anak bujang sedang lena kesejukan..hujan renyai-renyai..setelah walidnya ke tempat kerja..Ummi@Imah pun lepas gian menjahit....selongkar kotak-kotak di mana imah simpan perca-perca kain..dan ada yang dah siap potong..plan nak buat itu ini..macam-macamlah..sume nak buat..suka mencubaa... pagi tu pun dah sentuh jarum..benang..jahit seluar walid yang sket tertetas..alang-alang...melekatlah kat sewing corner..and terhasillah wrislet pagi tu..actually boxy pouch tu dah lama buat tapi lupa nak entry...busy ngan anak2.


Jahitan tak begitu kemas..nak cepat siap..hehehe..
and ada kesilapan, asalnya riben nak taruk kat bahagian ber-renda..tapi kira oklah tu.. bahagian depan/blakang ada tarikannya..
Ini bahagian yang satu lagi...Ada lagi benda nak entry..tapi baby dah cubit2 Ummi..Along Fawwaz pun dah jeling2 nak merajuk Ummi tak buka video kegemaran dia..sambung entry yang lain..esok lusa..

Jan 9, 2011

Kali kedua..smocking..dan xstitch.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca...setelah lama berehat dari aktiviti jahitan..rindu pulak nak menyentuh jarum dan benang..mesin jahit..kain..gunting..hehe..buatlah sekadar melepas rindu..Anak2 imah kecik2 lagi...mestilah perhatian lebih kepada mereka..untuk kali ni imah entry hasil kerjatangan yang masih dalam proses untuk disiapkan..actually, dah lama imah buat..masa pregnant dulu.. tapi tak sempat nak masuk kat blog..Imah buatlah perlahan2..

Bless This House

Imah pun tak ingat bila imah mula buat xstitch ni...keseluruhannya dah siap...cuma tak frame je...Ini pun tak sure lagi nak frame ke..buat hiasan kat kusyen ke...tengoklah dulu...mood berubah...dengan keadaan kesihatan..masa..nama pun hobi...tak perlulah nak bersusah-susah untuk siapkan hinggakan perkara lain yang lebih penting terabai...Dalam tak sedar kadang-kadang buat xstitch ni imah pun jadi leka..hehe..

Yang ini pulak jahitan smocking..percubaan pertama secara manual...Nak buat lukis garisan pun kena teliti supaya tak senget....makan masa jugaklah nak jahit satu persatu line...Sebelum ni pernah belajar buat smocking masa study kat Kolej Ikip dulu..tapi hasilnya tak sebaik kali ini..Alhamdulillah...
Gambar tak terang...blur sket..tinggal sket lagi nak siap..tapi jahit2 tinggal..lambatlah siap...Imah pun tak plan nak buat baju pe untuk smocking tu..
So untuk perkembngan seterusnya..teruskan mengikuti blog ini...Imah sentiasa menanti komen dan tunjuk ajar daripada semua...terima kasih..

Dec 27, 2010

Tidak Wajar Sinchan Dijadikan Ikon


Jangan terkejut andai tiba-tiba anak anda berumur kurang tujuh tahun melondehkan
seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya dan berkata, "Punggung..." Timbul persoalan, dari mana mereka belajar perkara sebegitu?

Ini secara jelas adalah pengaruh yang tidak sihat daripada rancangan kartun kegemaran kebanyakan kanak-kanak termasuk sesetengah ibu bapa sendiri iaitu Sin-Chan.

Sedarkah kita bahawa, bukan semua kartun adalah selamat bagi ditontonkan kepada anak-anak mutakhir ini.

Sebagai contoh rancangan Sin-Chan sendiri yang banyak dengan unsur lucah, siri Sponge Bob yang menjadikan 'Bikini Bottom' sebagai tempat tinggal mereka.

Tidak kurang juga kebanyakan kartun yang menjadikan tema pergaduhan, perbalahan dan membalas dendam sebagai tema dan jalan cerita.

Tidak kurang juga kartun yang mempromosi adegan seksual dan cara berpakaian yang tidak senonoh serta tidak mengatup aurat.

Tanpa menafikan kartun mampu menjadi instrumen pendidikan yang terbaik untuk anak-anak namun dalam masa yang sama ianya juga amat berpengaruh dalam menanamkan budaya dan akhlak yang tidak baik kepada anak-anak.

Lantas, adalah menjadi kesalahan yang besar apabila ibu bapa sendiri yang mendorong anak-anak mereka bagi menonton siri-siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif.

Namun, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin dan Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.

Kejayaan Upin dan Ipin sebagai produk animasi Malaysia yang berjaya menambat hati kanak-kanak tempatan dan luar negara wajar dipuji dan diangkat menjadi ikon kanak-kanak terkini dengan lebih penambahan unsur didaktik secara langsung mahupun tidak langsung.

Di Indonesia sebagai contoh, ikon Upin dan Ipin digunakan semaksimum mungkin dengan melekatkan dan mengaitkan watak tersebut termasuk pada buku-buku agama.

Ini tidak lain adalah bertujuan bagi menarik dan mendapatkan perhatian anak-anak dan secara tidak langsung terhadap bahan-bahan bacaan agama.

Kesimpulannya adalah pemantauan dan penyaringan terhadap rancangan-rancangan kartun di televisyen perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak di rumah sementelah pada waktu cuti sekolah sekarang ini.

Dalam masa yang sama pihak televisyen bertanggungjawab menyiarkan hanya rancangan yang berfaedah dan mendidik kepada anak bangsa.

Penulis:Zahirrudin Zabidi,Editor PTS Islamika Sdn Bhd.

Saya suka artikel ni..bagus untuk Ibubapa luar sana..kerana kitalah yang mencorak dan membentuk akhlak dan sakhsiyah anak-anak.

Artikel ni boleh ditemui di .com

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Nov 10, 2010

Sebelum bersalin..

Assalamualaikum semua teman pengikut2 yang setia..mahupun pengunjung yang singgah..
Dalam kesibukan melayan karenah anak2 dan hal2 rumahtangga semestinya...sempat jugak curi2 menjengah blog apatah cerita...bersawang kian lama...Kat bawah tu semua antara hasil kerjatangandan jahitan yang siap sebelum melahirkan anak kedua..tapi tak sempat nak entry kat blog.


sleveless dress untuk projek jomjahit.

pleat skirt untuk projek Sewalongwithmaya.

mini biscornu...cuba2 buat menjadi jugak...



pouch daripada seluar jeans terpakai...kiranya..projek recyclelah and tambah seri ngan sulaman tangan...


Actually ada lagi nak entry..tapi cukup dulu untuk kali ni....skrang tengah cuba-cuba wat smocking...and xstitch yang baru.Ikuti perkembangan seterusnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails