Followers
Oct 20, 2009
Penang Bird Park
Last weekend, kami anak beranak pergi ke Penang Bird Park yang letaknya tak jauh dari Sunway Carnival Mall dan betul-betul bersebelahan dengan temple.Kira-kira kat tengah bandarlah jugak...Mulanya kami sangka tempatnya lebih terbuka..tapi sebaliknya..nak masuk kena bayar..caj untuk dewasa rm15..kanak2 rm10 bawah dan camera rm1-5 ikut jenisnya..Sebaiknya sampai bird show pun mula....lepas tu kami pun jalan2 melihat burung-burung yang ada kat situ...
Semua tu antara burung2 yang ada di Penang Bird Park.Selain burung ada jugak hidupan lain seperti rusa,kura-kura,arnab, dan lain2.walaupun bird park ni tertutup..tapi kawasan untuk hidupan2 yang ada..kira OKlah..ada yang didalam sangkar..dan ada yang dibiarkan lepas..Kepada sesiapa yang belum lagi sampai di bird Park ni...bolehlah bawa famili jalan2 sini..tapi make sure cukup duitnya nak bayar tiket...dan tempat parking amat terhad...kat tepi jalan jerrr...
Oct 19, 2009
Konsep Rumah Bercirikan Islam
RUMAH atau projek perumahan yang bercirikan Islam perlu diwujudkan bertujuan untuk mendorong cara hidup Islam yang menyeluruh dapat dipraktikkan.
Ciri-ciri perhiasan luaran seperti, kubah, ayat-ayat Al-Quran atau motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu "Islamik" atau tidak. Tetapi terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penelitian.
(i) Wujudkan sempadan yang nyata antara ruang tamu dan ruang keluarga supaya "privacy" penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga. Sementara setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu "lobby" (ruang legar) yang sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.
(ii) Wujudkan dua jalan keluar masuk iaitu, satu untuk umum dan satu lagi khusus untuk penghuni rumah terutamanya kaum wanita.
(iii) Perlunya ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah.
(iv) Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik air dapat dilakukan dengan menghormati kiblat.
(v) Setiap rumah keluarga disarankan mempunyai paling minima tiga bilik tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang menyuruh umatnya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik bagi ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.
(vi) Terdapat ruang yang terlindung untuk kaum wanita, ruang kerja dan interaksi untuk kaum wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan bilik air.
(vii) Cadangan bagi mewujudkan perumahan bercirikan Islam turut menggesa penguatkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju mengintegrasikan ciri-ciri penggalak kepada cara hidup Islam di dalam reka bentuk projek-projek perumahan.
(viii) Perlu disedari bahawa perumahan bercirikan Islam tidak hanya patut dinilai dari segi reka bentuk tetapi sumber kewangan yang memajukannya juga mestilah bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam. Contohnya sebuah projek perumahan yang dibiayai oleh bank yang melibatkan riba' tidak boleh diklasifikasikan sebagai perumahan yang bercirikan Islam walaupun dari segi ciri-ciri reka bentuk ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
(ix) Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w tentang mengasingkan tempat tidur kanak-kanak lelaki dan perempan, rumah tiga bilik ini adalah satu keperluan kepada rakyat. Dengan itu sekiranya rakyat tidak mampu akibat dari kenaikan kos maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk memastikan rakyat boleh mampu sama ada dengan memberi subsidi kepada kos pembinaan seperti mengurangkan atau memberi pelepasan untuk cukai-cukai keatas pelbagai bahan binaan yang digunakan, memanjangkan jangkamasa pembayaran balik dan sebagainya.
Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih kepada konsep perumahan yang ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada Islam itu adalah universal dan boleh dimanfaatkan untuk semua bangsa.
Artikel ini Imah dapat dari sumber tertentu..Dan Imah rasakan elok di praktikkan oleh semua..